Posts

Showing posts from August, 2009

Air Mata Si isteri yang tabah

Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam. Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya. Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang dibacakan lelaki itu. Ana dah jadi isteri! Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga

Warkah A'in untuk Zaujuha.....

Bismillahirrahmanirahim... Assalamua'laikum w.t.h Buat tatapan abang Haris, suami A'in yang amat A'in Kasih dan Cinta. Abang.....A'in nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga buat abang sebab abang dah melengkapkan kehidupan A'in. Terima Kasih sebab abang sudi menjadikan A'in isteri abang. A'in tidak akan lupa abang kucup kening A'in sewaktu hari pertama A'in sah bergelar isteri abang. Terima kasih Abang!!...Abang halalkan makan minum yang abang berikan kepada A'in ya...baju yang abang beri A'in pakai dan rumah kediaman yang abang beri A'in tinggal ni, A'in harap abang redha.... Abang, jutaan terima kasih yang tidak terhingga...sebab abang A'in dah kumpul berjuta-juta pahala, masak untuk abang, dah beribu-ribu syafaa't A'in dapat, malam Jumaat hari tu, A'in potong kuku abang pun dah berjuta-juta pahala A'in dapat, basuh baju abang, iron baju abang.....Al-hamdulillah...banyak sangat pahala A'in dapat dari aba

Keadaan Manusia yang Tidak Membenarkan Al-Quran Pada Hari Kiamat

"Dan kami akan memperlihatkan segala amal yang mereka kerjakan, lalu Kami akan jadikan amal itu (bagaikan) debu yang berterbangan. Penghuni-penghuni syurga pada hari itu paling baik tempat tinggalnya dan paling indah tempat istirahatnya. Dan (ingatlah) pada hari ketika langit pecah mengeluarkan kabut putih dan para malaikat diturunkan secara bergelombang. Kerajaan yang hak pada hari itu adalah milik Tuhan Yang Maha Pengasih. Dan itulah hari yang sulit bagi orang-orang kafir. Dan ingatlah pada hari ketika orang-orang zalim menggigit dua jarinya (menyesali perbuatannya) seraya berkata, "Wahai! Sekiranya dulu aku mengambil jalan bersama Rasul. Wahai, celaka aku! Sekiranya dulu aku tidak menjadikan si fulan itu teman akrabku, sungguh dia telah menyesatkan aku dari peringatan (Al-Quran) ketika (Al-Quran) itu telah datang kepadaku. Dan syaitan memang pengkhianat manusia." [Surah Al-Furqan: ayat 23-30] ...Shada qallahula'zim.